NADI MAHIR FOTO SLS - Dari Biasa Ke Luar Biasa
11 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 11 Februari 2026, telah berlangsung NADI MAHIR FOTO SLS – Dari Biasa Ke Luar Biasa. Webinar ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 11:15 pagi sehingga pukul 11:45 pagi. Tujuan Webinar ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang Webinar ini berlangsung, Cikgu Pena iaitu seorang salah seorang cikgu MAHIR Foto berkongsi mengenai cara untuk mengambil foto dengan betul. Selain itu, peserta belajar mengenai gambar kabur (blur) kerana kesalahannya iaitu tangan gegar dan tekan shutter terlalu laju dan cara elak, pegang phone dengan dua tangan. Cikgu Pena juga menegur tentang zoom digital iaitu menggunakan zoom digital semasa mengambil gambar akan mengurangkan kualiti gambar tersebut, maka elakkan penggunaan zoom kerana gambar akan menjadi pecah. Antara lain, Cikgu Pena juga berkongsi mengenai komposisi gambar dan juga penggunaan cahaya dengan betul.
Dengan adanya podcast seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta mengenai cara untuk mengambil gambar dengan betul serta elakkan melakukan kesalahan kecil. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: